I have:

Mereka Yang Setia:

Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

I ♥ PRS

Assalamualaikum n hye semua.!seperti yang mirool janjikan mirool nak buat post pasal PRS aka Pembimbing Rakan Siswa. :) ok mirool pun entah kenapa la boleh pulak terdetik nak join organisasi macam ni. first time masuk haritu nampak la notis temuduga untuk ahli PRS ni.. so mirool pun tanya la orang tempat nak temuduga kat mana.. carik punya cari sampai sesat tengok-tengok.. la kat depan "pekan rabu" ja pun. mesti korang semua tertanya-tanya kan pekan rabu tu apa.? pekan rabu ni nama salah satu tempat kat Alor Star tapi kat kalau kat PTSB ni pekan rabu ni memamng fames la. ala kat tengah-tengah yang ada satu khemah besar warna putih ada orang jual barang makanan macam waffeles, air, bun macam-macam la dan tempat lepak kami semua pun kat sini jugak kalau nak tunggu gap setengah jam kelas..  diorang ni bagi direction berbelit-belit.haha.

ok mirool rasa mirool orang yang pertama diantara rakan-rakan kelas mirool kot masa sesi temu ramah dengan cik siti tu. memang rasa nervous la.. sebab abang-abang senior PRS kata masa MHS tu diorang kata Cik Siti ni memang jenis yang serious tak boleh melawak langsung. buat kerja mau serious, tak boleh nak main-main.. tapi time dia interview aku rasa biasa ja. dia kata "kami ni lawak la mirool" entah kenapa sampai sekarang aku dok tertanya-tanya apa la maksud tersirat cik siti tu.

Ok pegawai unit pengurusan psikologi dan kerjaya ni aka bilik PRS la senang cerita memang boleh tahan la selesa.. bilik ni la tempat aku melepak, study, sembang-sembang dengan senior-senior PRS.. tempat hilangkan stress dengan main uno, congkak, susun bangunan blok-blok kayu tu.. macam-macam lagi la. pegawai PRS terdiri daripada Cik Siti, En. Norman dan Pn. Zu.  mirool sendiri memang rapat la dengan En. Norman ni. keluar lunch sama-sama.. buat aktiviti apa-apa pun mesti dia akan ajak mirool la, hehe..Ok memang bannyak la aktviti yang dijalankan dalam sem 1 ni..oh ya sebelum tu lupa nak bagi tau yang mirool pegang jawatan exco disiplin..haha. :P macam tak percaya je kan sem satu dah pegang jawatan. hehe..

Tu nampak tu Exco Disiplin ok.! call la bila-bila free.hehe. :)

ok jum mirool nak share sikit aktiviti sepanjang sem satu ni..

1. Kem Kepimpinan PRS Sesi Jun 2012.
ok ni first aktiviti yang dijalankan untuk sem ni yang terdiri daripada semua exco dan MT. dua hari satu malam camping kat pekan rabu. :) camp ni masa bulan puasa.. buat aktiviti macam-macam la. 2 hari tu rasa macam sat ja.huhu. kem ni lebih kepada indor team building la..


malam tu lepas solat terawih pergi dewan kuliah awam. LDK pertama buat group suai kenal cam biasa.. then
dapat bartang amanah.. belon yang berisi air. kena jaga jangan kasi pecah. lepastu kumpul balik bubuat aktiviti "harga diri anda" kena tulis berapa harga diri kita kat tangan.. lepastu kira-kira buat group sampai jadi lets say rm 100. then lari la cari orang bagi cukup rm100. so kesimpulannya kita sebagai seorang manusia tak perlulah letak harga diri kita tinggi-tinggi sebab kita semua tak perfect.!

Aktiviti seterusnya "Sayang Si Buta" kena tutup mata guna kain pelikat / kain batik then jalan-jalan kat luar dewan kuliah tu..key words dia "jom ikut saya" lepastu kita kena tanya "siapa kamu" kot kalau x silap aku..kalau fasi kata "ikut saya" baru kena ikut. time tu diorang kasi makanan yang pelik-pelik la.. bawang putih la..ewww..! keropok, asam, air teh kelat la.. dah la time tu kena usung sema beg n belon tu.naa.! menyusahkan betol la diorang ni..haha.. entah macam mana belon aku terjatuh lepastu pecah.haha,,ni semua kerja fasi abang faris la ni. grr.! then berkumpul kat pekan rabu abang fasi bagi satu lagi belon time tutup mata, entah cam mana dia punya nak kenakan aku pecah lagi belon tu.. basah habis seluar aku..huhu.. grr.! kesimpulan dari LDK malam tu kita perlu bersyukur sebab kita mampu lagi melihat dunia ini. kalau orang buta kita bagi apa mesti dia makan punya.. aktiviti malam tu habis pukul 2:00 pagi. then tido dalam khemah.


The next day, bangun pukul 4:00 pagi  sebab nak bersahur. memang satu pengalaman yang best buat mirool masa tu makan sahur beramai-ramai dalam talam besar.. sebelum ni  mirool tak pernah rasai makan ramai-ramai dalam talam besar tu..lepastu buat aktiviti "suapan kasih" memang best.!main suap-suap.haha
then sembahyang subuh apa semua..

Pagi tu berkumpul balik buat aktivitu presentation logo n makna kumpulan n bla2..sembahyang jumaat kat PI lepastu aktiviti sambung dengan LDK guna kertas buat bentuk bangunan then explain kat semua orang.. lepastu petang tu LDK cantum puzzle 1000 piece punya  ramai-ramai dalam masa 15 minit kot kalau x silap aku. memang best.. tapi x siap pun..lepastu penutup. buat "pelukkan kasih" lepastu balik.


2. Program Senandung Kasih Warga Emas.
- hehe.. nama program mau grand.! aktiviti ni bersama orang-orang tua kat sungai tengas. bukak puasa dengan orang-orang tua..


 
ok ni semua classmates mirool yang mana yang berkenan tu boleh la bagi tau. hehe. :)

atok ni sangat sporting.!

3. Program Iftar PRS sesi Jun 2012.
- bukak puasa beramai-ramai ahli PRS kat kantin



4. Program Gempur PRS 4 Serangkai.



memang best la program ni. Main paintball dengan ahli-ahli prs PTSB, PUO, PBU, PSP. dah la main pun free. en. norman cakap kalau main kat luar rm 100 hengget. haha. amik kau.! oh ya btw kat PTSB sendiri ada gelanggang paintball. poli / kolej  korang ada.? haha :P malam sebelum main paintball untuk esok pagi tu buat la makakn-makan BBQ kat pekan rabu.. memang best.lepas dah habis makan aktiviti share LDK antara poli  energizer dan trademark poli sendiri.. memang banyak la energizer dan trademark yang aku dapat malam tu.. then tido. tapi lepas dah habis LDK semua tu ada la miss understanding sikit antara geng-geng mirool ngan senior-senior PRS. aku tak termasuk ok dalam hal ni. cik CT time tu memang bengang + nak nangis pun ada time tu bila aku tengok muka dia. dah la seharian dari pagi cik ct buat program mentor mentee dari pagi sampai petang.. then malam bbq plak, ok miss understanding tu biar jela.. kalau nak cerita sampai esok pun tak habis.

the next day, jom kita berperang.! haha..malam tu lepas dah habis BBQ aku tido kat kamsis bilik abang mun president PRS.. so pagi tu bangun punya awal teman dia set up tempat n bla2.oh ya ni mirool main paintball ni first time dalam hidup. best.! haha.. best la sebab tak kena peluru paintball tu. haha.. main bergilir-gilir dari pagi sampai tengah hari..

kami pom2 boy & pom2 girl.!
gabungan prs ptsb, prs puo, prs ppsp, pbu. :)


then lepas zohor acara penutupan.. bagi-bagi hadiah apa semua. dan ynag aku terkejutnya video yang aku rakam masa buat energizer "orang bilang" tu dimainkan, siyez lawak la diorang ni .haha..buat "pelukkan kasih" dengan semua then balik.

gabungan prs ptsb, prs puo, prs psp, prs pbu.!

5. Kem Perkasa PRS Sesi Jun 2012.


Kem ni memang best la.! memang adventure.! dua hari satu malam dekat baling kampung en. norman.. sebelum tu lagi kami semua dah siap-siap dibahagikan kumpulan.. kumpulan aku semua ok je. sebab suka sangat bergambar, pantang nampak camera. termasuk la fasi miss erra. miss la sangat . haha..meredah hutan, masuk gua, trekking dalam sungai. semua ni memang first time mirool trekking dengan backpack yang berat dengan makanan dah macam berpiknik plak dan bukan camping.haha.. terkking dalam gua, n sungai yang boleh tahan dalam jugak la.. paras peha. huh.! basah habis.haha.trekking dalam hujan.. lepas sembahyang jumaat sampai ke petang. tahap keletihan tu jangan tanya la.. permandangan dalam gua tu memang cantik dan awesome.! susah aku nak cerita. hanya mata aku ja yang nampak bertapa cantiknya ciptaan Allah. :)

  

ni la tangga buluh untuk naik atas untuk tengok gua tu..mula-mula seriously rasa takut, cuak semua ada la nak naik tangga ni.. tapi kalau dah sampai punya jauh jalan takkan tanak naik kot kan.,




 trekking kat anak sungai.,yeah.! 
sebelah tu dekda. ramai orang kata perangai n muka kami sama betul ke,? hehe. :)

tapak camping tu pulak dah tak nampak macam tapak. tempat camping yang tak da kemudahan asas.! yes.! seriously tak tipu. sebelah campsite tu ada sungai sungai yang boleh tahan tinggi jugak la kalau nak basuh pinggan n amik air sembahyang. Again.! time tu muka cik CT ni macam bengang+serious+marah je dengan kami semua.entah kenapa. so kami semua set up la camp tempat solat , tempat berkumpul , toilet..siap semua nak dekat maghrib la. pandai-pandai la fikir nak amik air sembahyang macam mana yang penting SOLAT..!

ni la toilet kami.! tapi tak nampak macam toilet kan..
tempat basuh pinggan kat sini, tempat amik air sembahyang pun kat sini.

lepas dah solat semua tu kami semua kena masak dalam kumpulan. dengan bekalan air yang terhad, pandai-pandai fikir la..nasib baik la fasi kami miss erra bawak air lebih. masak la makanan tin sardin, ayam, n nasi..makan pun sama-sama dalam group. memang enjoy.!


ni kumpulan kami.! sangat best dan sporting semua suka bergambar.! :D

then buat LDK , satu paper besar kena buat bentuk origami then explain macam bias la. kumpulan kami tak tau nak buat bentuk apa, lucky ajam salah sorang dari kumpulan aku ni pakai BB boleh la search internet kat dalam hutan tu macam mana nak lipat origami bentuk burung..then buat LDK satu helai paper A4 yang kami semua bawak lipat 4 buat satu dot kat salah satu 4 bahagian tu then camtumkan dot dengan orang sebelah tengok sama ke tak.. sah-sah la memang tak sama langsung la kan. then sema kena buat dot kat tengah-tengah. cantum denagn kawan sebelah. memang sama. so kesimpulan dari LDK ni arahan ketua dalam sesuatu organisasi tu amat penting. then tido. tapi sebelum tu kami semua diberitahu oleh en. norman dan orang kampung yang tapak kawasan yang kami camping tu bahaya dengan mat-mat perompak, hisap gam n penagih dadah apa semua yang tak elok tu. so kami setiap group ni kenalah bangun berjaga kawasan camping tu.. satu jam. time tu kami semua decided nak masak air sungai tu untuk nak buat sarapan esok. pergi la malam-malam buta amik air kat sungai yang tinggi tu. masak air punya banyak untuk bekalan pagi esok. boleh tahan keruh jugak la air sungai tu. tapi abang-abang fasi dah try berexperiment dah minum air sungai yang dimasak tu.ok je setakat ni..

the next day, bangun pagi sarapan.. makan la roti yang kami semua kena compress tu untuk nak jimat ruang kat dalam beg katanya. sedih plak aku nak tengok diorang compress sebuku roti tu. haha,, makan la roti sapu dengan kaya.. buat banyak-banyak hidang kat fasi-fasi n pegawai semua.. lepas dah makan dengan tak mandi lagi buat LDK kat dalam gua yang berhampiran dengan campsite kami semua tu, sound interesting kan buat LDK dalam gua.? hehe..LDK tu lebih kepada berdebat la.kesimpulannya kita ni dalam sesuatu organisasi janganlah ego dalam melakukan aktiviti. so semua kena marah dengan fasi sebab ego. haha..

 buat LDK dalam gua. :)

then presentkan logo, motto, visi  dan misi dalam kem ni, energizer setiap kumpulan..lepas dah habis LDK ni mandi sungai.! yey.! haha.. first time aku mandi kat dalam sungai yang boleh tahan la tahap keruh tu. macam air teh ais kot. haha.. sejuk ja..then buat tarian "orang bilang" kat dalam sungai tu. best.!
then kemas-kemas barang.. balik ikut laluan sawah padi..makan kat rumah en. norman then balik,.




6. "Hari Piskologi PTSB Sehari Tanpa Stress."


ok program ni memang boleh la dikatakan best juugak. "bebas stres.!" haha. :D mirool time tu jadi AJK ja. boleh dikatakan grand jugak la program ni buat kat dewan muadzam shah..masuk-masuk ja dewan tu dah bau wangi dengan aroma theraphy.memang banyak la diorang bakar hari tu.ada aktiviti art theraphy, hias cupcake, aroma theraphy, teraphy minda, sound theraphy. macam-macam theraphy lagi la..the day before the event mirool lepak-lepak la kat unit.. tengok-tengok en norman ajak pergi tangkap rama-rama.? mula-mula terfikir jugak nak tangkap rama-rama nak buat apa dan kat mana la nak carik rama-rama kat kawasan PTSB ni, tengok-tengok pergi tangkap kat kedai bunga belakang ptsb tu. pergi la tangkap rama-rama dengan afiq n abang mun. tangkap rama-rama tu untuk hari pelancaran esok tu.


memang meriah la booth kami. ehh. kami.? haha. :) ada games..ada gambar-gambar tu..

7. Program Explorasi PRS PTSB & PRS PUO

0k ni program under mirool.! mirool pengrah program. wo0.! budak sem satu dah buat program yang boleh tahan grand la jugak.! haha. dan program ni dah macam program makan-makan la plak. sebab apa. sikit-sikit makan..lepas satu aktiviti makan lagi.haha.. ok actually tujuan mirool buat program ni sebab nak main explorace kat politeknik ungu omar.. aka Politeknik PREMIER Ungku Omar. premier la sangat. ahakz.! :)


bertolak dari ptsb pagi.. sampai PUO tengah hari.. then solat jumaat.then rest jap 2 jam sebab en. edi puo kata program start pukul 4:00 petang. nak buat apa 2 jam tu so jumpa la Yusran. lama tak jumpa dia. Dalam masa dua jam tu dia bawak aku explore PUO tu.. then sembang-sembang sat. lam,a tak jumpa la katakan. haha. :) then pukul 4:00 petang dari kamsis jalan kaki punya jauh pergi dewan dengar taklimat dari en edi.. then makan lagi.malam tu punya LDK memang best.! ada prank birthday party.. terkejut semua..haha.. semua dapat makan kek.. then jalan kaki punya jauh balik kamsis untuk tido.. tengok-tengok pukul 12 dok hangout lagi p carik makanan kat belakang kamsis tu..

the next day, senaman pagi then makan .. lepastu aktiviti explorace start. mula-mula mirool ingatkan explorace macam biasa-biasa ja.. tengok-tengok.. naa.. 10 checkpoint.! huh. letih dari pagi sampai tengah hari pukul 2 cam tu.. dah la poli ni ada 2 kampus.. kampus A & kampus B.. dok patah balik dari kampus A ke kampus B la untuk next task.. poli tu pulak memang besar lebih besar dari PTSB ni.. memang boleh tahan jugak la mencabar task tu.. main tepung, mandi tepung, telur, budu, air kopi, main ulat semua ada.. haha. then makan lagi.lepas makan acara penutup kat bilik PRS PUO. memang besar la compare bilik prs ptsb ni.hehe.
waduh.! apa benda la diorang ni kenakan pengarah program untuk jadi maskot.haha. :D

  
 Rindu la kat team aku ni. :(
  haha.. gambar ni paling lawk bagi ak la bagi aku.
sebab apa dekat orang lain en edi ni bagi paper bag n sijil macam biasa ja.
padahal kat aku dia boleh keluarkan benda dari paper bag tu bagi kat aku macam tu ja. lawak. haha. :D


ok ni pic masa dinner JPP malam balik dari puo tu.
actually ni pun abang mun yang ajak aku join malam tu. untuk buat ramai.haha.. :D


8. Malam Sayembara Bakat "Trouble Is A Friends"


woo.actually program ni tak ramai yang join. lebih kurang 15 orang ja yang pergi malam tu. program ni buat kat Politeknik Seberang Perai. dekat ja.. Actually masa tulis nama nak join program ni memang mirool tak tau apa-apa mengenai program ni.. just tulis nama untuk bagi bagi penuh list ja. mana boleh kalah. orang semua tulis nama kita pun kena la tulis jugak. haha. tengok-tengok kami semua ni kena p buat ramai untuk acara penutupan malam sayembara bakat PSP tu. ok fine.! haha. tapi memang best jugak la tengok persembahan dari prs ptsb. woo. memang best la korang.! persembahan dari psp, pbu, ptss.. best.! malam tu sempat jumpa zarrin, budak pengakap sekolah air merah dulu..rupanya dia pun prs juak. :) then malam tu balik dengan abg mun , abang faris n afiq naik kereta en. norman. Otw nak balik tu cik lin belanja MCD. tq cik.!

9. Majlis Penangguhan Aktiviti DanMajlis Makan Malam PRS PTSB (Dinner PRS sesi jun 2012)

ok ni program dinner prs sesi jun 2012. buat kat atas laut, terapung. haah. kat Ocean Glow, Kuala Perlis. tempat memang grand.! lawa.. sejuk dengan angin pantai. makanan pun sedap. makan steam boat. oh ya mirool jadi MC malam tu. tema dinner kali ni "Glamour" mula-mula mirool pun dok pening kepala nak pakai bnaju apa la yang mengikut tema glamour ni..ada orang kata tak payah pakai apa baru glamour. haha. :D .ok program dinner ja mesti korang semua ingat malam la.. padahal bertolak tu pagi pukul 7:00 pagi. seriously.. huhu. pagi tu pergi jalan-jalan kat Padang besar.. window shopping ja. panas.! then pergi solat jumaat.then makan tengahj hari kat padang besar.. then bertolak pergi ladang burung unta..then pergi empangan timah tasoh. x da apa pun.. just pergi sana nak tengok view ja panas-panas tu.! -,- then pergi taman ular. bosan.! then baru pergi ocean glow.! sampai-sampai ja semua AJK set up tempat.. MC dok kalut baca skrip. haha.. sunset view memang lawa dari ocean glow tu. apa lagi shoot sunset guna instagram ja. pun boleh.! time-time macam ni.. makan malam, tengok persembahan.. main tukar-tukar hadiah.. oh ya.! guess what.? malam tu mirool dapat "Anugerah PRS paling ceria + cute" *tepuk la tangan tu* memang terkejut bila En. norman umumkan.. haha.. walaupun malam tu mirool tak dapat anugerah "king of the night" (pakaian paling glamour).. tapi rasa sangat happy ja malam tu sebab semua orang dapat hadiah. :)

 masa ni air tak pasang lagi..

 sunset view through my samsung galaxy y.!
waduh.. camera aku diorang bawak lari p mana la haizz..
phone pun lawa ja kalau ada instagram. #eh




PEACE.! :) budak prs paling ceria n cute ahakz.!

MC of the day.! :)

 dengan queen of the night.! :)

 
so ni conclusion  untuk malam dinner tu dari en. norman.

so cam mana best tak aktiviti yang dijalankan under PRS sesi jun 2012 ni.? bagi mirool memang tak rasa rugi la masuk PRS ni. kami ni dah macam satu keluarga yang besar.. btw, mirool masih berpegang lagi dengan kata-kata en norman ni.. "jangan pernah jadi seperti kain buruk yang lembab..."maksudnya lebih kurang macam ni la.. kalu pergi kelas balik kelas pergi kelas balik kelas... ngn orang pun tak bergaul... buat hal sendiri... kain buruk gunanya untuk apa?? dok kat dapur kan.. kalu kain buruk tuh dah lembap.. nak buat lap apa pun tak boleh... susahkan org baik buang takdak guna... (maaf kalu ada yg terasa) till then, assalamualiakum n bye.!


End Of Semester One Sesi Jun 2012.!

assalamualaikum and hye semua.! rindu kat blog sebab lama dah tak type kat blog ni. hehe.. oh ya, sekarang ni semester 1 dah pun berakhir.. baru ja habis final semalam.. tapi mesti korang semua trrtanya-tanya kan kat mana mirool sambung study.? Sekarang ni mirool sambung study kat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah aka politeknik kulim..a.k.a politknik perempuan..Diploma Kejuruteraan Mekatronik, (DEM) amik kau. haha. :) Mula-mula mirool dapat tau yang mirool dapat poli ni time tu ada kat London.. check pun guna wifi hostel ja..waktu kat sana pagi.. mungkin kat sini tengah petang lebih kurang cam tu la.so tak da la busy sangat bila nak check tu. time tu rasa sangat bersyukur yang teramat bila dapat tau yang mirool dapat PTSB ni.. ye la sebab dekat dengan rumah.. makan pun ditanggung. gap 2 jam rehat mirool sempat madi, solat, makan, tido. haha.. pergi kelas pun naik basikal dah sampai.. lebih kurang 7-10 minit la kalau naik basikal ni.

memang best la sepanjng tempoh pengajian dalam semester 1 ni.. rasa sat ja..macam-macam, kenangan yang dilalui dalam sem satu ni. classmates mirool pun ok semuanya.. semua ada 35 orang. pelajar perempuan dulu ada 9 orang dan sekarang dah tambah lagi 2 orang jadi semua sekali 11 orang.. dan 24 orang pelajar lelaki..semuanya gila-gila, haha..dah rasa macam satu family pun ada. diorang ni sanggup tolong-menolong antara satu sama lain..especially time bengkel la. hadoyai.! tension betu la time bengkel.. susah la.. tapi still boleh buat. welding la, fitting, machine la semua tu. ye la budak sekolah harian tak pernah buat kerja-kerja macam ni tapi kena la buat kerja-kerja macam ni. hehe. diorang yang budak lelaki semua tu selalu tolong mirool. and mirool rasa mirool kot budak lelaik paling x berapa nak besar dalam kelas tu. tu la diorang selalu tolong-menolong.. apa-apa pun diorang selalu bagi sokongan kat mirool supaya jangan putus asa..thanks korang.! Oh ya kat sana mirool join PRS, Pembimbing Rakan Siswa.memang best. hampir setiap minggu ada program. busy memanjang. haha. Ok topik yang ni hold on.. tunggu next post ok. haha.. baru best nak bercerita..
 
k cukup la tu berceloteh.. tengok la gambar-gambar ynag best sepanjang sem 1 ni..


ok ni gambar kelas mirool. sori blurr.. sebab mirool tak beli pun.. kawan mirool beli mirool snap guna phone ja., hehe. :)




 

gambar ni masa minggu sebeelum bengkel start..and yes.! kelas DEM 1A ni memang sporting dan suka tangkap gambar.,! haha. :D

Ok pic ni masa raya haritu time rumah mirool buat open house. memang tak sangka ramai yang datang. hampir satu kelas datang. perempuan pun datang.. tapi gambar diorang ramai-ramai tak da la.hehe

ok sampai disini saja lah yang mirool nak share kan pasal sem 1 ni...Final pun dah habis. harap-harap la dapat result yang elok. amin. :) assalamualaikumm n bye.!


Kini Berwajah Baru.!

assalamualaikum n hye semua.! sori sebab lama tak update blog ni, dah boleh nampak sawang dah. hehe. ok apa yang berwajah baru ni.? la tak kan hampa semua tak perasan lagi kot.? blog mirool a.k.a Lumrah Hidupku yang mengisah kan kehidupan beliau sebagai seorang manusia kini berwajah baru.! header baru, background baru, ada lagu, ada link bloggers, and ada apa lagi yang baru hah.? otw. hehe. ok credit to Aidafiana. thanks sebab tolong edit kan blog mirool ni. suka sangat. siapa-siapa yang berminat tu boleh la p.m aida ni. tolong la percaya kepada beliau, kerana beliau seorang yang berpengalam dalam mengedit blog korang semua ni. :) hasil tangan beliau sangat cool gla awesome.! seriouslly korang takkan menyesal punya la dengan hasil tangan beliau. so hampa kat sana tu tunggu pa lagi click la link besar tu dan dapatkan khidmat beliau bagi sesiapa yang berminat tu. till now, k salam.

footnote: TQ Aida. (^^,)

Quick Post.

Quick Post.

assalamualaikum and hye to all my readers.! hurmm, buat masa sekarang mirool alhamdulillah hidup lagi. :) sihat.. cuma baru-baru ni ja busy sikit. dok sibuk dengan ambil lesen moto & kereta. tak kerja pun. nak cari kerja kat depan rumah mirool tu semuanya bila tanya depa kata tak da jawatanm kosong. huhu. :( duduk rumah habiskan beras, makan, tido, tengok tv, on9 tu ja la. tapi setiap hari duduk kat rumah mesti belajar sesuatu yang baharu, dan baru- baru ni mirool pergi berbackpack naik train sorang-sorang ke KL selama seminggu untuk belajar mengenai photography, edit gambar n photoshoot dengan sepupu mirool kat sana., sepupu mirool tu memang pro dalam hal photography la sebab dia amik kos photography macam tu la dekat KLMU. so tak rugi habiskan duit untuk belajar sesuatu yang baharu. :)

oh ya. tadi kemas bilik. tudia kemas punya kemas jumpa la jugak banyak resit barang-barang yang mirool beli selama 2 bulan lepas spm. dah la tak kerja. duit dari parents pun jarang-jarang dapat sejak dah tak sekolah ni. memang terkejut takterkata la sampai banyak jumlah wang yang mirool habiskan untuk beli barang-barang yang alah tu. huh.! menyesal la pulak sebab beli semua barang tu. lepas ni kena fikir dulu la sebelum beli sesuatu.

hurmm nak cakap pa lagi hah,? ok lah sampai disini saja la coretan mirool kali ni. tak da idea dah ni nak type apa. ada masa mirool buat post baru. sebab pukul 1:00 satgi ada kelas memandu kereta. huhu. takut la. sebab sebelum ni duduk rumah tak pernah bawak kereta pun. wish me luck k. till now, kbai. assalamualaikum. :)

SPM is over.!

SPM is over.!

assalamualaikum readers.! ok finally amirul azman cheah yang berangka giliran KM146A007 telah tamat peperiksaan SPM beliau. alhamdulillah kesemua 9 papers telah dijawab oleh beliau. last paper harini LK. hurmm. ok, tak da la best mana pun lepas spm ni. biasa ja. sama macam hari-hari yang lain, cuma lepas ni dah tak pergi sekolah dah, yang tu ja. lepas ni miesti rindu kawan-kawan, set-set meja. baju sekolah , cikgu-cikgu. huh.! mesti boring duduk rumah setiap hari. kalau tak buat apa kat rumah pun dok online setiap hari la. facebook, blogger n skype. yang tu ja la tiap-tiap hari :). hurmm. ok best jugak la fast vacation kat cameron highland baru-baru ni. sama ja, tak da apa pun kat sana. haha. tapi best pergi hiking kat sana. serius tak tipu. so tunggu apa lagi cha-e ajak la bapak ang suruh bawak ang p sana. :) then, hari khamis ni nak pergi dengar krusus kpp untuk ambil lesen dengan aiman n yusran. hurmm, ada la jugak kawan nak nak pergi dengar, daripada dok dengar sorang-sorang.oh ya btw, harini best sangat sebab ada jamuan kat akone. jamuan untuk kami yang senior dalam pengakap. thanks to cikgu zil sebab belanja kami semua makan kat sana. ok btw i gtg la sebab nak kemas buku-buku yang tak berkenaan dan simpan dalam kotak. ada masa mirool update lagi k, till now, chow.!~

2.12.2011

2.12.2011



salam and hye to all readers. 2/12/2011. happy birthday to Amirul Azman Cheah. sweet 17.
ok yang di atas tu hanyalam mukadimah semata-mata. ok harini hari jadi mirool, terima kasih buat rakan-rakan facebook, rakan-rakan blogger, n rakan-rakan skype yang wish mirool dari malam semalam tepat pukul 12 lagi. semua ucapan yang hampa semua bagi tu mirool hargai. ok tak lupa juga kepada kawan-kawan mirool yang sanggup melayan mirool time mirool call diorang pagi-pagi buta tuh, terutama mesut syaheer, atiqah, n hui qin. sorry k. maklum la free call. hehe :) btw, thanks to mama mirool yang bersusah payah buat cup cake untuk kami satu family makan. then tadi malam pergi makan kat mcd.

then esok nak pergi cemeron highlands, biasala last minuites plan. nak hirup udara segar la. haizz. tu pun uncle yg ajak pergi. ok la gtg, nak packing barang-barang untuk pergi sana. nanti mama marah sebab tak packing lagi. k bye, till now, bye.

Kata-kata Seorang Guru Kepada Anak Muridnya.

Kata-kata Seorang Guru Kepada Anak Muridnya.

salam readers. hurm, actually mirool saja ja nak update blog ni. dah habis study dah. hurmm, exam trial haritu pun dah dapat result. hurmm, result pun biasa-biasa ja. mirool target untuk trial ni 4 or 5 A's la tapi yang dapat hanyalah 2A's n 1G. fail LK huh., sob2. and result untuk bi mirool dapat A, but still tak puas hati lagi dengan essay yang mirool tulis dalam exam haritu, dah la terpesoong sikit dan rasa macam nak buat lain la ja exam tu. so kesimpulannya , mirool masih belum bersedia lagi untuk menghadapi spm

semalam dapat result add math mirool , alhamdulillah LULUS.! x failed. :)) tudia senyum lebaq hah budak ni. dan mirool harap pun untuk spm sebenar mirool lulus dengan cemerlang la subject add math ni. hoho. berkat mirool study tengah-tengah malam tu la yang membuatkan markah add math mirool lulus. tu cukup-cukup makan ja. so cikgu zainora ni memang la bagi kesan yang mendalam terhadap diri mirool . actually nak tulis post pasal cikgu ni sejak tahun lepas lagi. tapi terlupa. so harini mirool nak share kan cerita pasal ckgu ni yang telah memberi kesan yang mendalam terhadap diri mirool. so cikgu ni sejak tahun lepas lagi ,n setiap kali masuk kelas kami dia dok bagi kami semua kata-kata semangat untuk lulus dan berjaya dlm add math ni.

ok masa kelas add math semalam banyak pengajaran yang mirool dapat daripada cikgu zainora yang telah membuatkan mirool sedar tentang adab -adab dalam belajar dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. first, cikgu kata time dia mengajar tak boleh tidur. ok rasanya mirool tak pernah tidur pun dalam kelas semasa cikgu mengajar dalam kelas, except time cikgu takda dalam kelas or hari yang terlalu letih., then, dia kata adab yang kedua tak boleh sembang time dia mengajar. ok hurmm, rasanya bersembang dalam kelas ni rasanya sangat biasa kot bagi diri mirool sendiri , so lepas ni mirool berazam dah takmau sembang dalam kelas time cikgu mengajar. kalau nak sembang pun benda-benda yang penting ja. and lastly, jangan dok mengejar masa dalam belajar. maksud mirool macam ni ., semalam kan hari rabu, kelas mirool habis lambat lebih kurang pukul 2:40 cam tu la. then masa kelas fizik tadi cikgu rezal ada hal apa tak tau then cikgu zainora pun masuk awal la kelas tadi dan katanya nak ganti cikgu rezal. dah disebabkan cikgu zainora masuk awal then nak dekat pukul 2:00 cam tu si pa'an plak taya. "cikgu harini balik pukul berapa.?" lepas tu dia kata, "kamu ni macam nak halau cikgu je," lepas tu dia pun kata dalam menuntut ilmu ni tak perlu la nak kejar masa tu, so lain kali toksah dok tanya cikgu dah balik pukul berapa? and habis kelas pukul berapa.?

so balik sekolah semalam, mirool pun fikir la, ada betul jugak la semua benda ni. so mirool nak tanam azam dalam masa dua bulan lebih ni untuk belajar bersungguh-sungguh , struggle betul-betul dalam tempoh dua bulan lebih ni. kurang kan online dan ber blogging, so kalau mirool dah tak update blog dalam masa 2 bulan ,lebih ni hampa paham-paham la. so lastly daripada mirool, mirool harap readears2, silent readers di luar sana tu doa kan la untuk mirool supaya dapat jawab exam spm ni dengan tenang dan berilmu.,dan juga dapat result yang cemerlang dalam SPM. till now, chow.!

Hari Raya 2011.!~

Hari Raya 2011.!~

assalamualaikum. rasanya masih belum terlambat lagi untuk mirool ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. ok, actually bukan tak nak update blog time raya-raya ni. cuma malas dan tak da masa nak update, padahal dok bawa lappy ni pergi KL . :) sibuk pergi beraya sini-sana. hehe.

tahun ni raya sama ja suasana raya sebelum-sebelum ni.oh ya lupa nak bagi tau kat hampa semua. baju raya mirool tahun ni colour orange. ok, first day raya pagi-pagi tu pergi sembahyang hari raya. then, mula la acara bermaaf-maafan sesama ahli keluarga mirool. ok juadah pagi raya kali ni nasi tomato. sama ja macam tahun lepas. sorry spaghetti raya-raya ni tak da. :) then gerak la pergi beraya kat rumah mak paksu din. seriously mirool makan memang banyak time tu. tapi balik- balik timgang berat naik 1 kg je.? huh. then, pergi keramat melawat kubur arwah cik nora n arwah mak mek. then pergi raya rumah cik nan. makan lagi. nasi impit, kuah kacang, rendang and so on la. pastu mula la acara menembak gambar kat depan rumah diorang tu. memang style la camera nikon kak.lia tuh. :) ceyh dan2 promote nikon, :)

tu dia photographer (belah kiri mirool) pn kena makan dulu sebelum nak berphotoshoot. :)





p/s : sorry semua pics diatas mirool tak pakai samping sebab pagi tu saja dok pebetul samping tu dekat empat kali kot. tension, last-last tak pakai teros. tension.! :) then balik rumah mak su, diorang plak datang beraya kat rumah maksu.

ok, raya kedua, pagi-pagi tu tak buat apa sangat. tengah hari tu ja gerak pergi rumah mak ngah beraya. makan mee n bihun. haizz, sembang punya sembang last last keluar rumah mak ngah pukul 3:00 lebih , padahal mama nak pergi beraya kat rumah kawan mama lepas zohor. then dah tak buat apa pergi la shopping dekat KLCC. huh. naik lrt dari rumah cik nan pergi sana. tudia toksah kata, memang ramai orang sangat-sangat kat stesen KLCC tu. bangla ja dok wat ramai kat sana.! pusing-pusing snap-snap then balik. jalan kaki dari KLCC ke ampang park. huh, penat. ya la takk kan la nak joint buat ramai kat stesen KLCC yang ramai bangla tuh. jalan- jalan sambil snap-snap bokeh. memang lawa, :) then balik tu mak su masak spaghetti. ha raya kedua baru dapat spaghetti :)


ok raya ketiga pergi temerloh, pahangsebab abang ngah bertunang. memang banyak la pic-pic diorang. mirool n kak lia amik full event untuk jadi photographer masa tuh. :) memang banyak pic tu , cuam malas nak upload la, hehe.:) then makan gulai ikan patin kat sana. memang sedap. mirool yang dari ulu tak suka makan ikan. tiba-tiba ja haritu makan.



hamboi budak ni. sempat lagi dia berposing feeling duduk kat atas tu.

lepas dah habis semua event tu kami semua gerak pergi Kuala Gandah. pergi tengok gajah. haizz, time raya la nak pergi tengok gajah. time cuti tak nak plak pergi tengok gaja. nasib baik jumpa tempat tu, sebab guna GPS. memang jauh la, sempat tido dalam kereta 2nd round.










then lepas dah habis pusing-pusing, snap-snap gambar balik rumah maksu. tak da apa sangat pun tempat ni. kecik ja. cuma ramai la tourist kat sana. malam tu plak abang ngan n mak ngah datang rumah maksu nak hantar barang. n abang ngah nak tengok gambar yang mirool snap siang tadi. huh nervou la nak tunjuk kat abang ngah. nasib baik dia kata lawa. :)

raya keempat balik kulim. n sekarang tengah update blog. so hari raya hampa semua macam mana best tak.? kalau best tu jom la share bersama :))