I have:

Mereka Yang Setia:

Spaghetti By Cha-e.


Spaghetti By Cha-e.





hye, salam. haizz, first time mirool nak share sikit pasal recipe Spaghetti By Cha-e.. ok act mama and akak mirool dah plan dah nak buat Spaghetti ni sebelum kakak mirool pergi matriks, tapi hampeh sampai sekarang pun dia tak buat. huh. :P ok minggu lepas mama mirool ada tanya kat mirool, siapa diantara kawan-kawan mirool yang mama dia reti buat sos spaghetti ni. then, mirool pun cakap la mirool ada sorang kawan sekelas yang mak dia pandai buat spaghetti ni. so masa exam haritu mirool tak turun pergi canteen, so si cha-e ni bagi la try sikit spaghetti yang dia bawa dari rumah, hurmm sedap jugak la.

then masa hari rabu minggu lepas mama mirool nak sangat makan spaghetti ni. so malam tu pun mirool text cha-e suruh mak dia tulis recipie untuk spaghetti ni, n esok tu hari khamis dia memang betul- betul bawa recipie tu. thanks weh, then hari jumaat tu mama mirool try la buat guna recipie cha-e ni, tengok-tengok mama mirool kata sedap. n nanti nak buat lagi, n hari ni mama buat lagi spaghetti, :P . tapi overall memang sedap la, sama ja yang mirool makan spaghetti cha-e kat sekolah n yang mama mirool masak tu. thumbs up. and then, tadi abah mirool cakap yang raya tahun ni nak ubah selera. asyik-asyik dok makan lontong, ketupat, nasi himpit n kuah kacang ja. apa kata raya tahun ni try Spaghetti?? haha. oh ya btw, food photogaphy ni memang susah. n sampai sekarang mirool tak tau nak snap dari angle mana. huh :S . ok till now, chow. askum.

Chill At Bukit Merah With My Friends.!~

Chill At Bukit Merah With My Friends.!~

assalamualaikum, hye, hoho, actually mirool semalam pergi chill kat bukit merah. best sangat, sebab apa? sebab mirool pergi dengan kawan-kawan mirool. mirool, mie, syaheer, danial, zizi, n mukhriz. ok actually kami semua dah plan dah nak ke sana before exam lagi. haha. oh ya, btw mirool ni rasa macam baru ja bangun dari mimpi ja. ya la, mirool sangat tak sangka yang abah dan mama mirool bagi pergi sana. dah la haritu pergi putrajaya, and sekarang nak pergi bukit merah pula. so cakap punya cakap, puuk punya pujuk last-last abah n mama approve mirool untuk pergi sana. yes.! line clear.! haha :) rasanya last time 2004 kot, masa mirool darjah empat, long time ago. time tu masih blur lagi, hehe








ok kami semua berkumpul kat rumah danial pukul 8:00 pagi macam tu la. sampai sana pukul 9:30 . lepastu pegi beli tiket. harga masuk RM27 seorang, huh. hot bad la. leapas dah beli tiket sempat la jalan-jalan sambil snap-snap pic sebelum masuk dalam sebab park tu buka pukul 10:00 pagi. oh ya, sampai-sampai ja kat depan tu dah nampak ahli pengakap dok buat kawad.



ok masuk kat dalam park tu dah nampak ramai orang dah, lepastu pergi pilih port untuk letak barang-barang kami semua kecuali 1 beg yang kami simpan barang-barang penting untuk simpan dalam lokers. lepastu pegi salin baju n then terus terjun kat kolam yang ada ombak tu. huh. air kat kolam tu sangat masin. eww.! tak tau la berapa banyak garam depa letak dalam kolam tu sampai terlalu masin. huh.! sebab apa last time mirool datang tak da lagi pantai yang ada pasir semua ni, dan kolam air masin ni. then, lepas dah boring dengan pantai air masin ni , kami semua gerak pergi main pelampung besar yang boleh lompat-lompat tu. 3 minit je sekali main kat dalam tu.huh. best la dok main lompat-lompat. rasa macam tak puas pulak main dekat atas tu. hehe.!~
lepastu, semua dah macam pening dok lompat-lompat kat atas tu, kami semua pergi beratur untuk main slides yang ada kat sana.sangat-sangat best. berapa kali tah sampai tak terkira dok main slides tu. lepast tu kan, kami semua gerak pergi jalan-jalan , pusing-pusing dekat sungai. boleh la. boring jugak la. lepas tu dah habis pusing-pusing kami semua tengok orang main slide boomerang. huh , gayat n takot kot. hoh0. slide yang bentuk "U" tu.


seriously, first time naik slide ni sangat-sangat cuak. huh. arghh.!! . ha la last time datang sini tak pernah pun naik slide ni sebab tak cukup tinggi. haha. kalau cukup tinggi pun belum tentu lagi nak naik slide ni. haha. so dah penat dok main slide dan berendam kat dalam air, perut pun rasa lapar. so pergi la makan. makan bihun ja. huh, mahal, cekik darah. bihun tu pun dah la bubuh pun kat dalam container pelastik biasa ja, sikit pulak tu. n harga toksah cakap la memang mahal , RM 4.50. huh. mahal, cekik darah. lapar punya pasal mahal pun mahal la. lepas dah makan kami semua pergi main kat pantai air masin tu. then, main slides tak henti-henti, main slide boomerang main lompat-lompat kat pelampung besar tu, pusing-pusing kat sungai. buat la semua ni berulang kali sampai pukul 4:00 petang. then, pukul 5:30 dah nak gerak dah. lebih kurang pukul 4:30 tu, kami semua pergi toilet untuk mandi balik bersih-bersih, then pergi makan kat luar tu.

oh ya, lupa nak bagi tau. orang yang paling penting dalam negeri kedah ni pun mirrool tak ingat. huh. ok time kami semua dah habis mandi kat toilet tu kan, mirool nampak la kan seorang pakcik ni. cey suka hati aku ja panggil dia pak cik. hehe, padahal pangkat dia lagi tinggi kot. ok, then dia pun pakai la smart-smart , lepastu mirool terpandang kat t-shirt dia yang berserta lencana yang tertulis "Jamboree Melaka 2011" kalau tak silap mirool kem ni minggu lepas kot, lepas ja dari kem kat putrajaya tu. lepastu dia tanya mirool pergi tak camp putrajaya tu? mirool pun cakap pergi la. lepastu dia tanya mirool dari mana? mirool pun cakap la dari kulim, kedah. then, dia pun cakap yang dia pun dari kedah. n then , dia tanya la tak kan tak kena @ tak nampak dia kot masa kat putrajaya haritu. lepastu mirool pun cakap la yang mirool tak pasti. hehe :) pastu dia cakap kamu ni salah besar ni..hah?? pastu dia cakap, saya la pesuruhjaya negeri kedah, yang pagi first day dok bagi ucapan tengah panas tu.. lepastu mirool pun terfikir pesuruhjaya negeri kedah?? mirool pun cakap, hurmm.. tuan ni. cey dan-dan "tuan". hehe. tuan ni ismail bin ku ishah e'a? tudia sebut habis nama penuh. hehe, lepastu dia cakap..ha ya la. kenal pun, ingatkan tak kenal, saya ni orang penting kat kedah ni pun kamu tak ingat.huh.salah besar kamu ni...huhu :( malu kot time tu. dah la depa dok perli n kutuk. huh. lepastu buat la angguk-angguk kepala. haha. ha la mana nak ingat, masa dia dok bagi ucapan masa day 1 tu kami semua dok p buat photoshoot kat putrajaya, thats why la tak ingat. haha.serius time tu blur n tak ingat sangat siapa la dia ni. dah tu dok buat-buat tau pulak. lepastu time nak keluar dari toilet tu dia tanya mirool form berapa, mirool pun cakap la form 5. pastu dia tanya tak nak ambil pengakap raja ka? mirool pun cakap la tak kot, insyaallah tahun depan, sebab dok kalut spm tahun ni. lepastu dia marah. lol, kenapa nak ambil tahun depan sedangkan tahun ni sempat lagi ambil pengakap raja, n dia cakap pentarafan raja untuk negeri kedah ni bulan depan. huh. tak bersedia lagi. huhu. oh ya , dia datang bukit merah ni sebab ada kem pengakap kat sini , n dia dijemput untuk meraikan kem kat sini pagi tadi.

ok habis cerita pasal tu, kami semua pergi makan. n then pergi buat out door photoshoot kat depan tasik tu. pergh.! viwe dia memang lawa.! ok ni pic dia.






ok lepas dah habis buat photoshoot, kami semua pun gerak nak balik kulim. huhu.bertolak dari sana lebih kurang pukul 5:45 macam tu la. n sampai rumah pukul 6:45. ok yang tu ja kot. k bye, salam.