I have:

Mereka Yang Setia:

Jamboree Pengakap 1 Belia 1 Malaysia!~

Jamboree Pengakap 1 Belia 1 Malaysia!~


salam semua, hye. mirool baru ja balik dari putrajaya sempena himpunan satu juta belia di putrajaya. aktiviti kat sana memang best! sangat-sangat best.! rugi la siapa yang tak pergi tu. pasal makan pun tak da masalah, mandi pun tak da masalah, memang best sangat.!! siapa yang pegi sana ja dapat rasa macam mana best tu. tak menyesal la pergi sana.ok meh sini mirool nak cerita apa yang best sangat dari tadi dok cakap best tu.haha.

26.5.2011

ok kan pagi haritu kena jual nasi lemak kan kat sekolah , so dengan letihnya malam tu pula pergi putrajaya.huh. it's ok. letih pun letih la. berkumpul kat sekolah jelutong pukul 7:oo malam. solat maghrib n isha kat sana. lepastu bertolak pukul 10:00 malam ke putrajaya. ok kali ni mirool mewakili kontingent kedah. ni, cek nak bangga la la sikit. ya la kalau ada apa-apa camp ja mesti wakil sekolah. tapi kali ni mirool wakil kedah. ok kami semua dapat sehelai ja baju untuk kontingen kulim. dah la bagi pun satu helai lepastu kena pakai 3 hari. huh. busuk la. kontingent kulim saja 4 bas. kontingent yang paling ramai bagi daerah kulim. berhenti kat banyak perhentian la malam tu. huh.aircond bas sangat sejuk malam tu.huhu.

27.5.2011

ok pagi-pagi tu sampai pukul 5:oo pagi. celik-celik mata ja dah sampai plaza tol putrajaya. hurmm.. lama juga la mirool tido kat dalam bas tu dari R&R bukit merah, celik-celik mata ja dah sampai putrajaya.haha.

tapak perkhemahan untuk kontingent kedah betul-betul kat sebelah masjid ni ja.

ok tapak perkhemahan bagi negeri kedah betul-betul sebelah dengan masjid tuanku mizan a.k.a masjid besi.seberang jalan ja. lepastu set up khemah. memang best skolah kami bawa 2 khemah ja.huh. lelaki saja dah 6 orang. perempuan tak kisah sangat la 4 orang ja. sebab apa cikgu zil kata khemah sekolah hi-tech dah ada kat jelutong, sebab kami beli dari cikgu ismail. tengok-tengok samapi ja kat putrajaya 1 khemah ja untuk pelajar lelaki, dah la khemah tu cukup-cukup untuk 4 orang ja. khemah comel la katakan :) ok yang tu kami semua tak kisah sangat. susah apa masjid kat sebelah kan ada. so tido ja kat masjid sebelah pun tak pa. hehe. lepastu mandi kat dalam masjid tu. masjid tu besar n sangat grand. semua besi, tu la orang panggil masjid besi. then dah banyak sekolah dah masuk kat campsite negeri kedah. ok then baru ja nak susun khemah hujan punya la lebat. nasib baik la kami team hi-tech dah pasang khemah. so kami semua lari p masjid. lepas hujan dah berhenti kami semua kena berkumpul balik untuk susun khemah . lepas dah susun khemah kami semua pergi sarapan, sepanjang kaki lima depan campsite negeri kedah ada banyak khemah-khemah besar yang banyak makanan.. huh, buat berat beg aku ja bawa pinggan, sudu garpu and all that, sebab apa benda semua tu dah disedikan. makan mee goreng kot kalau tak silap. ok lepastu dah tak da apa sangat kami semua pergi jalan-jalan n sambil tu snap picture kat kawasan putrajaya. view dia tosah cakap la. sangat-sangat cantik. ok layan sat pic2 yang sempat disnap.


ni tempat diorang dok main pakour.


so dah penat jalan-jalan kami team hi-tech tengok semua dah berkumpul untuk taklimat yang kami ni boleh lagi do. dah la kami semua lewat berapa minit tah. nasib baik kami semua tak kena denda.haha . sebab apa ada sekolah lain yang lagi lambat dari kami. :) lepas dah habis taklimat , makan, lepastu pergi solat jumaat. lepas dah habis solat kami semua kena berhimpun balik. oh ya, ada la kan masa berkumpul tu abang kelana dok panggil-panggil nama, tengok-tengok nama mirool pun dia panggil n dia suruh keluar, lepas tu dia suruh kami semua fikir apa kesalahan yang kami semua telah buat pagi tadi. padahal..ok kita nantikan untuk keesokan hari.then, kami semua yang dipanggil kena buat JOTA. rasanya JOTA ni lagi best kot daripada JOTA 2009 haritu.belajar kod morse "S.O.S", n banyak lagi la. lepas dah habis buat, sementara nak tunggu iman habis buat mirool , paan n azhar dok snap-snap picture.


ingat kat san fransisco je ke ada golden gate bridge.?
kat putrajaya pun ada la. hehe.. :)


pic ni diambil dari masjid tuanku mizan,
kami semua beli ais krim dekat bus colour pink tu.

lepas dah habis JOTA pegi solat asar and then pergi makan ais krim dekat bas colour pink tu. lepastu cikgu zil panggil untuk pasang khemah baru.haha. sebab apa cikgu ismail ada bawa khemah yang kami suruh bawa tu, n khemah comel dah x da orang pakai kecuali kenji sorang ja yang tido kat dalam tu :) yang lain semua serbu khemah baru.haha.

ha... ni la khemah baru kami :D


lepas dah habs pasang khemah baru kami semua pergi mandi, n then solat maghrib n isya , lepastu makan malam. lepas dah habis makan kami semua kena berkumpul dekat pentas urusetia untuk acara pembukaan. ramai sangat orang time tu. boleh dikatakan penuh la jalan tu. so kami team hi-tech pun macam bosan ja acara pembukaan ni , so kami semua decide untuk pergi jalan-jalan dekat depan tu. ada la pameran, konsert, n macam - macam la.cuba bayangkan konsert saja ada 4 pentas sepanjang jalan 8km tu. lepas dah penat berjalan kami semua balik campsite pastu tidur dalam khemah baru.hehe :) ok yang bawah ni pic yang sempat diambil




28.5.2011

ok pagi ni kami semua bangun pukul 5:30, mandi , solat subuh, sarapan. lepas tu lebih kurang pukul 8:30 macam tu kami semua kena berkumpul. ok, kan yang abang kelana panggil nama semalam tu kena buat satu line baru. nak tau tak kenapa kami yang dipanggil tengah hari semalam tu ? act, kami ni kena jadi volunteer. yes.! sebab apa? ya la mirool ni kira bertuahla seba dipilih untuk membuat kerja amal untuk kontingen kedah.! dapat t-shirt n sijil pulak tu. ok yang jadi volunteer tu kena berkumpul dekat pentas urusetia , yang semalam upacara perasmian tu. so lepas berkumpul tu kami diberi pilihan sama ada nak buat G.I.G dance atau lagi satu apa tah.tak ingat la. yang G.I.G dance tu akak india tu nak 10 orang ja. yang lagi satu tu pulak diorang nak 50 orang. so mirool n team hi-tech pun pilih la G.I.G dance yang berlangsung di Y avenue. cey act, kami ingatkan kami semua kena menari la apa la kan, ya la nama pun dance kan, tengok-tengok kena gantung banner n sangkut banner di setiap booth tu. sambil-sambil tu dapat dengok orang buat persembaha., lepas dah habis tu kami semua jalan-jalan dekat area sana la. lengoh kaki ni berjalan dari pagi sampai petang.huh.tapi memangh best la.! oh ya, masa tu mirool jalan dengan pa'an, azhar n iman. lepastu tengok orang buat pakrour la yang lompat sana sini tu., lepastu pergi jom heboh, tengok pameran sikit -sikit, n tengok budak-budak main cak lempong selama 36 jam, perh, mirool terkejut la tengok budak-budak ni main cak lemponng selama 36 jam ni.huh. lepas dah habis tengok -tengok semua, siap naik tram lagi, penat berjalan la katakan.hehe. lepastu kena berkumpul kat campsite.kami semua boleh buat aktiviti bebas malam tu. lepastu petang tu sembag-sembang dengan cikgu zil , dia kata nak bawa kami semua pergi alamanda. cey ye la tu. tengok-tengok tak jadi. cancel. sob3 :( its ok kai semua pergi jalan jalan kat depan tu. pergh, best la jalan dengan cikgu malam tu, lepas dah penat berjalan, cikgu belanja kami semua makan burger king. thanks cikgu. dah la malam tu gila punya sesak sebab ramai orng luar nak tengok konsert super junior n perlawanan bola sepak antara mancester united vs barcelona. sesak gila la. lepastu tangkap gambar dengan askar. main tampal-tampal stiker kat muka.haha.
kan mirool dah kata, tengok kat screen tuh, betapa ramai gila orang yang nak tengok konsert super junior.huh.!~!

hoho. amik kau main lagi lekat stiker kat muka.haah.

masort sekolah hi-tech. :P


tengok kat depan tu count down dah 12 jam dah depa dok berketuk-ketuk cak lempong tu.


ni persembahan cak lempong,
p/s: sila pause kan lagu di sebelah kiri blog mirool ni n
sila kuatkan volume lap top anda.!

lepastu pukul 11:30 kami semua kena berkumpul dekat campsite untuk buat recall. nak kira balik cukup tak ahli. tengok-tengok tak cukup.huh. dah la la kami semua ngantuk time tu. kena plak tunggu satu skolah ni . janji pukul 11:30 , datang la pukul 11:30. ni tak sampai pukul 1:00 pagi baru boleh tidur.arghh.!!~ n then ada pengumuman bagi sesiapa yang nak masuk acara laian untuk eok kena tunggu sat ada taklimat.so team hitech pun masuk. ada taklimat . dia kata esok semua yang masuk larian tu mesti bangun awal tak kisah la pukul berapa yang penting pukul 5:00 a.m mesti dah ada kat depan untuk sarapan. ok fine, malam tu kami dok pulun buat borang pink tu , lepastu makan burger dengan cikgu zil lepastu sembang-sembang. n last-last pukul 2:00 a.m lebih kami semua tidur. n pukul 4:30 kena bangun balik.huhuh, :(

29.5.2011

ok, hurmm pagi ni kami semua agak frust+marah+tension. ya la tidur semalam pukul 2 lebih , then bangun mandi apa semua pukul 4:30. makan pukul 5:00a.m bihun yang tak da rasa. zakwan kata gulai kat kanting sekolah tu lebih sedap daripada bihun yang takda rasa ni.huh. lepastu kami semua dapat tau yang masuk larian bagi kontingen kedah semua dibatalkan. kontingen dari negeri lain best ja lari, n kami semua tengok. ergh.! kami semua memang marah la kat sorang ni yang tak bertanggungjawab, dah la suruh kami semua yang masuk larian bangun awal , n last-last larian bagi kontingen negeri kedah dibatalkan.,huh.!!!! memang best.! terbaik.! kami semua memang suka bangun awal-awal , lepastu acara dibatalkan., tak ke tension? huh.sabar je la. lepastu kami ni yang masuk larian kena perli dengan budak-budak sekolah lain., hye hampa tak p lari ka hah?err.. sangat-sangat marah time tu.!!~lepastu pagi tu kami tak tau nak buat apa kami pun kemas la barang-barang. sebab nak balik dah.sebelum tu ada acara penutupan. kemas kawasan khemah.yang kami ni time orang semua dok tengah sibuk kutip sampah kami ni team hi-tech cikgu ajak pergi tangkap gambar kat tepi tasik.haha , n makan ice cream dengan teacher amanina.


haizz.. hampa ni makan ais krim RM 1.50 ja tapi. duduk atas bas yang setengah juta.hoho. :)

lepas dah habis semua tinggal kontingen kulim ja yang belum gerak lagi senbab bas kammi datang pukul 2:00 lebih. so sementara tu kami semua pegi la mandi sebab time tu cuaca sangat panas. lepastu jalan- jalan kat bahagian atas masjid tu sebab ada booth.


suka pic ni. yang tengah tu kawan pa'an.

ok lepas bas dah sampai kami semua gerak ke KLCC. hurm, boleh la. tak da apa yang menarik sangat pun . sama ja macam shopping kat penang tu :) lepastu jumpa kawan ap'an sat. pa'an belanja makan mcd.tq weh. then, pergi makan malam kat restoran nelaya. perh. makan steam boat. sangat sedap. dah la time tu lapar. tempat pun boleh tahan la lawa, diorang ni loqlaq.haha.. makan sikit ja gelak. then gelak lagi.


tengok tu orang lapar, persih pinggan tu :)

ok sampai kat sekolah jelutong pukul 3:45 a.m. salam-salam semua and then balik umah terus tidur . ngantuk sangat time tuh.ok till now, bye.sorry kalau entry ni membosankan bagi yang tak minat scout :)



1 comment:

  1. hi ! org pengakapp jugak? wah wah. best gilerr kan kat putrajayaa... heheh..awesome ~

    ReplyDelete