assalamualaikum n hye. harini mirool nak kongsikan sikit pasal form 6 atau lebih dikenali sebagai tingkatan 6 or pra-u. actually mirool pun tak paham kenapa ramai la kawan mirool ni tak mau sambung form 6.. tapi bagi yang dapat mana-mana tawaran tu pergi ja la. tak kisah la. lebih baik sambung form 6 daripada duduk kat rumah goyang kaki atau kerja dan naik "bus biru" tu. cukup-cukup la dok naik "bus biru" tu..gaji bukan banyak mana pun..mengikut sesetengah orang, ada yang mengatakan yang form 6 ni buang masa la. pakai baju sekolah balik la, dok fikir negatif la pasal form 6, form 6 susah la, padahal belajar pun belum lagi, kena bangun awal la.. habistu kalau masuk U tak payah bangun awal la.?..mirool pun tak berapa pasti la ada ka
tak diantara folowers mirool yang lepasan spm ni mengalami situasi ini ke tak kan..
mirool rasa sangat bersyukur sebab dipilih untuk sambung form 6 ni sebenarnya, nak buat macam mana upu pun tak mau terima aku. :( tunggu rayuan ja la... dan mirool sangat bersyukur sebab abah , mama n kakak mirool yang banyak memberi sokongan suruh masuk form 6 daripada pergi ke IPTS ataupun IPTA..dan ada sesetengah orang tu dok menyumpah-nyumpah bagai sebab dok bebai sebab dia dapat form 6 dan siap preen screen lepastu post kat fb sebab tanak masuk form 6. siapa yang sambung form 6 ni patut bangga sebab boleh still pakai baju sekolah selama 13 tahun,.. kalau orang lain 11 tahun ja pakai baju sekolah. :p STPM ni juga merupakan jalan penyelesaian untuk ubah hidup masa spm dulu-dulu tu. so, think positive.
untuk pengetahuan hampa semua, STPM ni dah ikut sistem baharu dah.. ikut sistem semester.. semuanya ada 3 semester..lepas habis ja 1 semester dah tak payah lagi baca untuk semester 1, just sedia untuk semester 2 ja.buku semua dah boleh letak tepi dan buaknnya buang buku-buku tersebut.. guna la buku-buku tu untuk nak buat persediaan STPM..
ok sebab-sebab mirool nak sambung form 6 sebab tempoh belajar sekejap ja.. satu setengah tahun ja. so mirool dah decide dah nak ambil aliran sastera dalam form 6 ni.. sebab masa form 4 & form 5 tu ambil science stream yang boleh la dikatakan susah tu. selain tu belajar form 6 ni style santai.. setiap empat or lima bulan mesti ada exam.. lepastu buku letak tepi.. dan kalau nak sambung uitm atau poli atau IPTS ni mengambil masa selama 3 tahun, so kalau masuk form 6 setahun setengah ja. 3 tahun tu boleh buat macam-macam kot..
next, study form 6 ni boleh jimatkan duit mak n bapak mirool. muet RM101 ja.. n campur yuran sekolah & yuran PIBG tak sampai RM 200++ kalau nak dibanding kan dengan IPTA/IPTS. dan kalau nak pakai duit PTPTN pun boleh, tapi nak kena bayar balik tu la yang menjadi masalah tu..
then, sijil STPM ni lebih laku kalau dibandingkan dengan dengan sijil-sijil lain. ni cikgu kat sekolah cakap tadi la. entah betul entah tidak..sebab apa buakn sesetengah U kalau dapat gread yang ok pun boleh masuk U tersebut. contohnya, nak masuk USM, UM dan sebagainya.. ni yang cikgu tu cakap la.. so dengan hanya sijil STPM kalau pointer dah ok boleh ja masuk USM or mana-mana U la..
so tu ja kot yang mirool nak share kan. btw, blog ini tidak akan diupdate buat masa terdekat ni.. bualn depan baru start update lagi. ok , fikir la elok-elok. ni just pendapat mirool ja, tapi kalau tanak ikut sudah la. ini pendapat ja. ok assalamualaikum..