I have:

Mereka Yang Setia:

Jamboree Pengakap 1 Belia 1 Malaysia!~

Jamboree Pengakap 1 Belia 1 Malaysia!~


salam semua, hye. mirool baru ja balik dari putrajaya sempena himpunan satu juta belia di putrajaya. aktiviti kat sana memang best! sangat-sangat best.! rugi la siapa yang tak pergi tu. pasal makan pun tak da masalah, mandi pun tak da masalah, memang best sangat.!! siapa yang pegi sana ja dapat rasa macam mana best tu. tak menyesal la pergi sana.ok meh sini mirool nak cerita apa yang best sangat dari tadi dok cakap best tu.haha.

26.5.2011

ok kan pagi haritu kena jual nasi lemak kan kat sekolah , so dengan letihnya malam tu pula pergi putrajaya.huh. it's ok. letih pun letih la. berkumpul kat sekolah jelutong pukul 7:oo malam. solat maghrib n isha kat sana. lepastu bertolak pukul 10:00 malam ke putrajaya. ok kali ni mirool mewakili kontingent kedah. ni, cek nak bangga la la sikit. ya la kalau ada apa-apa camp ja mesti wakil sekolah. tapi kali ni mirool wakil kedah. ok kami semua dapat sehelai ja baju untuk kontingen kulim. dah la bagi pun satu helai lepastu kena pakai 3 hari. huh. busuk la. kontingent kulim saja 4 bas. kontingent yang paling ramai bagi daerah kulim. berhenti kat banyak perhentian la malam tu. huh.aircond bas sangat sejuk malam tu.huhu.

27.5.2011

ok pagi-pagi tu sampai pukul 5:oo pagi. celik-celik mata ja dah sampai plaza tol putrajaya. hurmm.. lama juga la mirool tido kat dalam bas tu dari R&R bukit merah, celik-celik mata ja dah sampai putrajaya.haha.

tapak perkhemahan untuk kontingent kedah betul-betul kat sebelah masjid ni ja.

ok tapak perkhemahan bagi negeri kedah betul-betul sebelah dengan masjid tuanku mizan a.k.a masjid besi.seberang jalan ja. lepastu set up khemah. memang best skolah kami bawa 2 khemah ja.huh. lelaki saja dah 6 orang. perempuan tak kisah sangat la 4 orang ja. sebab apa cikgu zil kata khemah sekolah hi-tech dah ada kat jelutong, sebab kami beli dari cikgu ismail. tengok-tengok samapi ja kat putrajaya 1 khemah ja untuk pelajar lelaki, dah la khemah tu cukup-cukup untuk 4 orang ja. khemah comel la katakan :) ok yang tu kami semua tak kisah sangat. susah apa masjid kat sebelah kan ada. so tido ja kat masjid sebelah pun tak pa. hehe. lepastu mandi kat dalam masjid tu. masjid tu besar n sangat grand. semua besi, tu la orang panggil masjid besi. then dah banyak sekolah dah masuk kat campsite negeri kedah. ok then baru ja nak susun khemah hujan punya la lebat. nasib baik la kami team hi-tech dah pasang khemah. so kami semua lari p masjid. lepas hujan dah berhenti kami semua kena berkumpul balik untuk susun khemah . lepas dah susun khemah kami semua pergi sarapan, sepanjang kaki lima depan campsite negeri kedah ada banyak khemah-khemah besar yang banyak makanan.. huh, buat berat beg aku ja bawa pinggan, sudu garpu and all that, sebab apa benda semua tu dah disedikan. makan mee goreng kot kalau tak silap. ok lepastu dah tak da apa sangat kami semua pergi jalan-jalan n sambil tu snap picture kat kawasan putrajaya. view dia tosah cakap la. sangat-sangat cantik. ok layan sat pic2 yang sempat disnap.


ni tempat diorang dok main pakour.


so dah penat jalan-jalan kami team hi-tech tengok semua dah berkumpul untuk taklimat yang kami ni boleh lagi do. dah la kami semua lewat berapa minit tah. nasib baik kami semua tak kena denda.haha . sebab apa ada sekolah lain yang lagi lambat dari kami. :) lepas dah habis taklimat , makan, lepastu pergi solat jumaat. lepas dah habis solat kami semua kena berhimpun balik. oh ya, ada la kan masa berkumpul tu abang kelana dok panggil-panggil nama, tengok-tengok nama mirool pun dia panggil n dia suruh keluar, lepas tu dia suruh kami semua fikir apa kesalahan yang kami semua telah buat pagi tadi. padahal..ok kita nantikan untuk keesokan hari.then, kami semua yang dipanggil kena buat JOTA. rasanya JOTA ni lagi best kot daripada JOTA 2009 haritu.belajar kod morse "S.O.S", n banyak lagi la. lepas dah habis buat, sementara nak tunggu iman habis buat mirool , paan n azhar dok snap-snap picture.


ingat kat san fransisco je ke ada golden gate bridge.?
kat putrajaya pun ada la. hehe.. :)


pic ni diambil dari masjid tuanku mizan,
kami semua beli ais krim dekat bus colour pink tu.

lepas dah habis JOTA pegi solat asar and then pergi makan ais krim dekat bas colour pink tu. lepastu cikgu zil panggil untuk pasang khemah baru.haha. sebab apa cikgu ismail ada bawa khemah yang kami suruh bawa tu, n khemah comel dah x da orang pakai kecuali kenji sorang ja yang tido kat dalam tu :) yang lain semua serbu khemah baru.haha.

ha... ni la khemah baru kami :D


lepas dah habs pasang khemah baru kami semua pergi mandi, n then solat maghrib n isya , lepastu makan malam. lepas dah habis makan kami semua kena berkumpul dekat pentas urusetia untuk acara pembukaan. ramai sangat orang time tu. boleh dikatakan penuh la jalan tu. so kami team hi-tech pun macam bosan ja acara pembukaan ni , so kami semua decide untuk pergi jalan-jalan dekat depan tu. ada la pameran, konsert, n macam - macam la.cuba bayangkan konsert saja ada 4 pentas sepanjang jalan 8km tu. lepas dah penat berjalan kami semua balik campsite pastu tidur dalam khemah baru.hehe :) ok yang bawah ni pic yang sempat diambil




28.5.2011

ok pagi ni kami semua bangun pukul 5:30, mandi , solat subuh, sarapan. lepas tu lebih kurang pukul 8:30 macam tu kami semua kena berkumpul. ok, kan yang abang kelana panggil nama semalam tu kena buat satu line baru. nak tau tak kenapa kami yang dipanggil tengah hari semalam tu ? act, kami ni kena jadi volunteer. yes.! sebab apa? ya la mirool ni kira bertuahla seba dipilih untuk membuat kerja amal untuk kontingen kedah.! dapat t-shirt n sijil pulak tu. ok yang jadi volunteer tu kena berkumpul dekat pentas urusetia , yang semalam upacara perasmian tu. so lepas berkumpul tu kami diberi pilihan sama ada nak buat G.I.G dance atau lagi satu apa tah.tak ingat la. yang G.I.G dance tu akak india tu nak 10 orang ja. yang lagi satu tu pulak diorang nak 50 orang. so mirool n team hi-tech pun pilih la G.I.G dance yang berlangsung di Y avenue. cey act, kami ingatkan kami semua kena menari la apa la kan, ya la nama pun dance kan, tengok-tengok kena gantung banner n sangkut banner di setiap booth tu. sambil-sambil tu dapat dengok orang buat persembaha., lepas dah habis tu kami semua jalan-jalan dekat area sana la. lengoh kaki ni berjalan dari pagi sampai petang.huh.tapi memangh best la.! oh ya, masa tu mirool jalan dengan pa'an, azhar n iman. lepastu tengok orang buat pakrour la yang lompat sana sini tu., lepastu pergi jom heboh, tengok pameran sikit -sikit, n tengok budak-budak main cak lempong selama 36 jam, perh, mirool terkejut la tengok budak-budak ni main cak lemponng selama 36 jam ni.huh. lepas dah habis tengok -tengok semua, siap naik tram lagi, penat berjalan la katakan.hehe. lepastu kena berkumpul kat campsite.kami semua boleh buat aktiviti bebas malam tu. lepastu petang tu sembag-sembang dengan cikgu zil , dia kata nak bawa kami semua pergi alamanda. cey ye la tu. tengok-tengok tak jadi. cancel. sob3 :( its ok kai semua pergi jalan jalan kat depan tu. pergh, best la jalan dengan cikgu malam tu, lepas dah penat berjalan, cikgu belanja kami semua makan burger king. thanks cikgu. dah la malam tu gila punya sesak sebab ramai orng luar nak tengok konsert super junior n perlawanan bola sepak antara mancester united vs barcelona. sesak gila la. lepastu tangkap gambar dengan askar. main tampal-tampal stiker kat muka.haha.
kan mirool dah kata, tengok kat screen tuh, betapa ramai gila orang yang nak tengok konsert super junior.huh.!~!

hoho. amik kau main lagi lekat stiker kat muka.haah.

masort sekolah hi-tech. :P


tengok kat depan tu count down dah 12 jam dah depa dok berketuk-ketuk cak lempong tu.


ni persembahan cak lempong,
p/s: sila pause kan lagu di sebelah kiri blog mirool ni n
sila kuatkan volume lap top anda.!

lepastu pukul 11:30 kami semua kena berkumpul dekat campsite untuk buat recall. nak kira balik cukup tak ahli. tengok-tengok tak cukup.huh. dah la la kami semua ngantuk time tu. kena plak tunggu satu skolah ni . janji pukul 11:30 , datang la pukul 11:30. ni tak sampai pukul 1:00 pagi baru boleh tidur.arghh.!!~ n then ada pengumuman bagi sesiapa yang nak masuk acara laian untuk eok kena tunggu sat ada taklimat.so team hitech pun masuk. ada taklimat . dia kata esok semua yang masuk larian tu mesti bangun awal tak kisah la pukul berapa yang penting pukul 5:00 a.m mesti dah ada kat depan untuk sarapan. ok fine, malam tu kami dok pulun buat borang pink tu , lepastu makan burger dengan cikgu zil lepastu sembang-sembang. n last-last pukul 2:00 a.m lebih kami semua tidur. n pukul 4:30 kena bangun balik.huhuh, :(

29.5.2011

ok, hurmm pagi ni kami semua agak frust+marah+tension. ya la tidur semalam pukul 2 lebih , then bangun mandi apa semua pukul 4:30. makan pukul 5:00a.m bihun yang tak da rasa. zakwan kata gulai kat kanting sekolah tu lebih sedap daripada bihun yang takda rasa ni.huh. lepastu kami semua dapat tau yang masuk larian bagi kontingen kedah semua dibatalkan. kontingen dari negeri lain best ja lari, n kami semua tengok. ergh.! kami semua memang marah la kat sorang ni yang tak bertanggungjawab, dah la suruh kami semua yang masuk larian bangun awal , n last-last larian bagi kontingen negeri kedah dibatalkan.,huh.!!!! memang best.! terbaik.! kami semua memang suka bangun awal-awal , lepastu acara dibatalkan., tak ke tension? huh.sabar je la. lepastu kami ni yang masuk larian kena perli dengan budak-budak sekolah lain., hye hampa tak p lari ka hah?err.. sangat-sangat marah time tu.!!~lepastu pagi tu kami tak tau nak buat apa kami pun kemas la barang-barang. sebab nak balik dah.sebelum tu ada acara penutupan. kemas kawasan khemah.yang kami ni time orang semua dok tengah sibuk kutip sampah kami ni team hi-tech cikgu ajak pergi tangkap gambar kat tepi tasik.haha , n makan ice cream dengan teacher amanina.


haizz.. hampa ni makan ais krim RM 1.50 ja tapi. duduk atas bas yang setengah juta.hoho. :)

lepas dah habis semua tinggal kontingen kulim ja yang belum gerak lagi senbab bas kammi datang pukul 2:00 lebih. so sementara tu kami semua pegi la mandi sebab time tu cuaca sangat panas. lepastu jalan- jalan kat bahagian atas masjid tu sebab ada booth.


suka pic ni. yang tengah tu kawan pa'an.

ok lepas bas dah sampai kami semua gerak ke KLCC. hurm, boleh la. tak da apa yang menarik sangat pun . sama ja macam shopping kat penang tu :) lepastu jumpa kawan ap'an sat. pa'an belanja makan mcd.tq weh. then, pergi makan malam kat restoran nelaya. perh. makan steam boat. sangat sedap. dah la time tu lapar. tempat pun boleh tahan la lawa, diorang ni loqlaq.haha.. makan sikit ja gelak. then gelak lagi.


tengok tu orang lapar, persih pinggan tu :)

ok sampai kat sekolah jelutong pukul 3:45 a.m. salam-salam semua and then balik umah terus tidur . ngantuk sangat time tuh.ok till now, bye.sorry kalau entry ni membosankan bagi yang tak minat scout :)



Canteen Day 2011.


Canteen Day 2011.


ok seperti yang miool janjikan dua hari yang lepas, mirool akan update pasal canteen day kan.? ingat lagi tak korang. kalau ingat bagus.!!~ ok mirool rasa canteen day tahun ni best kot berbanding dengan tahun lepas.! sebab tahun lepas under kelab n persatuan, kalau tak silap mirool tahun lepas kelab pengguna jual air kot. n dua tahun lepas canteen day sangat best.! sebab pengakap jual bihun sup. n tahun ni punya canteen day pengakap jual nasi lemak.n tahun ni kami jual kat tempat parking moto n basikal. ok kami semua budak scout yang berniaga on that day ialah mirool, iman , danial, paan n wia'am. ok kami semua set up kedai dalam pukul 8:00 pagi. pukul 8:30 start jual. ok mirool rasa ramai la jugak budak-budak tu datang beli nasi lemak kat gerai kami. kami siap bagi slogan lagi kat nasi lemak tu. that is "nasi lemak ajaib" haha. mesti hampa semua tertanya-tanya kenapa nasi lemak ajab kan?? haha actually slogan tu zakwan yang bagi, nak tau knapa.? hoho segan la nak bagi tau. :) ok fine nasi lemak ajaib la, ajaib tu kalau makan nasi lemak ni mesti kenyang, yang tu ja. sebab tu la ajaib. hehe :) tengok-tengok gerai buka pukul 8:30. pukul 9:00 nasi dah habis.hebat tak kami meniaga.? haha.

ok yang "Stall Of Scout" ni actually constance yang buat kan masa dua tahun lepas.
kami guna balik ja. :)


yang menu ni pun constance yang buat 2 tahun lepas tapi kami edit sikit-sikit ja, disebabkan last time kami jual bihun sup. tu pun mirool dok kalut dok buat sign board ni semalam,
nasib baik azwa ada, masa tu dah time nak balik n kemas kelas apa semua,
mirool lari pegi kelas dia semata-mata nak suruh dia lukiskan perkataan nasi lemak and bawah tu, yang bawah tu pun semalam last minuites buat. amik kat belakang kelas mirool yang short notes untuk biology yang cha-e buat kan tu , pastu mnta izin dia nak koyak n nak cover kat atas perkataan yang 2 tahun lepas tu last-last cha-e kasi koyak. tq weh cha-e. tu pun kalau tengok betul-betul kat kertas oren yang bawah tu ada cap kasut siapa tah, so lantak je la . tak da orang perasan. :)



ok yang ni pula cikgu yang pertama datang ke kedai kami beli nasi lemak ajaib. hehe:

p/s:oh ya hampa nampak tak bendera yang segi tiga kat belakan tu, actually bendera tu mirool yang buat malam semalam, huh. tido lebeih kurang pukul 12 kot buat benda alah tu demi nak hias gerai kami.

tengok kan dah cakap, pukul 9:00 tepat ja nasi lemak habis dijual.
so last-last disebabkan permintaan daripada ramai pelajar n guru,
so cikgu zil terpaksa masak lagi kat bilik ert.



ni la bendera tiga segi yang mirool buat sampai pukul 12:00 malam semalam.huhu :(



ok time ni memang letih sangat-sangat,
so sementara nak tunggu cikgu zil masak kat atas, mirool pegi ronda-ronda cuci mata
tengok makanan apa yang dijual, last-last beli burger kat lilianne under pusat sumber, beli roti sosage kat koperasi n air oren kat kedet bomba. hah.! sempat juga perli diorang yang jual air tu.
meluat la kat diorang tu, amik kau diam teros masa aku perli hampa.!

ok lepas dah habis makan , pa'an ajak tengok pamera kat lobby boley la not bad la, lepas tu tengok danial main gitar kat kelas, layan sat lepastu pegi bilik ert sebab nak tengok cg zil dah habis masak ke belum. n selamat la dah siap masak n dah siap pack, pstu pegi jual. dah habis jual kami semua pegi bilik ert nak makan nasi lemak yang cikgu simpan kat kami semua. ok lepas dah makan , lepas tu rest sekejap , sembang-sembang lepas tu berkumpul kat lobby untuk acara penutupan.hurmm, nak cakap pasala apa lagi hah.? yang tu ke kot. ok nak sign out sebab nak sambung packing barang untuk ke camp belia di putrajaya. petang satgi bertolak, next post Camp Belia 2011 di Putrajaya.!~ till now, chow.!~

oh ya last but not least,:

thanks k azwa.!~


yess.! exam is over.!!~

yess.! exam is over.!!~

hallow n assalamualaikum kepada semua reders yang tak jemu-jemu kunjung blog mirool ni. hurmm, yess.! exam is over.!!~ haha tapi spm still tak lepas lagi.huhu.ok exam kali ni ada yang susah n ada yang senag la. alhamdulillah la mirool boleh jawab time exam tu.last paper tadi chemistry paper 1 n 2. ok semalam mirool pegi sekolah n tak pegi hantar kakak pegi KMK.huhu. rindu kat dia. :)

ok hurmm nak cakap pasal apa hah? oh ya tadi petang auntie J datang rumah mirool sebab nak kasi beg domo kun.haha.lawa n comel sangat2.tq auntie. ok auntie J ni jiran mirool.


ok yang belah kiri tu beg, n yang belah kanan tu pillow domo.!~
arghh, pillow tu actually kakak punya, dia tukar dengan mirool sebab pillow tu dah tak elok.huhu
argh..!! rarw.! dia bawak p KMK . huhu, :(

ok lusa kat sekolah mirool ada hari kantin. maybe best kot.haha. n tahun ni pengakap jual nasi lemak.haha. bagi blogers-blogers or silent reders sekolah hi-tech tu kalau nak jumpa mirool datang la gerai scout yang jual nasi lemak. on that day mirool pun meniaga, so senang senang datan la beli, murah je, RM2.00.ok next post pasal canteen day, n next post lepas canteen day pasal jamboree belia 1 malaysia.!~ ok malam ni saja ja nak tido awal, till now chow.!~

Teacher's Day 2011.

Teacher's Day 2011.
ok harini 16 may 2011. seperti yang hampa semua tau hari ni hari guru.! hurmm, sambutan kat sekolah ok la not bad la.huh, n hari ni la hari yang best berphotoshoot bersama huda, unaa, paan , n danial.woo, ok seperti tahun-tahun yang lalu, kalau ada event apa-apa ja kat sekolah mesti cikgu zauyah suruh mirool bawa DSLR. huh..ok je, on. n tahun ni untuk hari guru mirool datang sekolah lambat.haha.saja ja datang lambat . pawal-awal buat apa. hehe :) macam biasa ucapan, bla3 , potong kek, n nyanian hari guru, pastu baru start game, dah la malam-malam ni idea tak masuk la. :( so layan je la pic yang sempat mirool snap ni.haha

owh.! pic dengan teacher izyan .
my class teacher.
happy teachers day teacher.!~


suka pic nyh.thanks huda.

dan pic ni jugak.,!

last but not least:


hampa suka sangat kan pic ni.? aku pn suka jugak.




Saya Budak Baru Belajar.

Saya Budak Baru Belajar.

hye n assalamualaikum, kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang.!hehe.
ok sabtu lepas kat sekolah mirool ada buat krusus photography, dari pagi sampai petang, best.tapi yang datang haritu mirool n aiman ja.kami dua ja pelajar sekolah , yang lain semua cikgu-cikgu dari sekolah lain.ok act mirool tak nak cerita semua yang berlaku last saturday tapi ni la yang mirool nak share sikit, kalau tak suka just escape from my blog !


ok act benda ni dah lama dah mirool impikan nak buat tapi tak tau. n lastly lepas ja habis krusus photography tu try2 la buat malam semalam, huh sakit pinggang ni tebongkok-bongkok dok buat benda alah ni.n ni lah hasilnyer.



n ni untuk kawan-kawan mirool yang terbaik.!~


weh unna nak sngt kan? nah.sori kalau x lawa.,
tangan aku tegetaq2 time ni. :)

Huda.!

Azwa.

ok yang ni ja yang nak di share kan.ok till now,

Arghh.! Add Math.!

Arghh.! Add Math.!

assalamualaikum, sorry sebab mirool dah lama tak update blog. sorry k. ok mirool bukan apa, mirool tak update blog pun sebab mid year exam sampai 3 minggu.huh.start dari hari khamis minggu lepas lagi ; ok tadi exam add math.err.! tension susah gila.!tapi mirool buat la juga tak tinggal pun cuma paper 2 ja tinggal 3 or 4 soalan.huh. memang susah la.huhu. n then mirool sanggup tak pegi rehat tadi demi add math yang susah nyh, study untuk paper 2 dengan eman n boy kat libary . ok lepastu semalam exam physics. paper 1 ok lagi, tapi paper tu tu susah, huhu. bukan tak baca, tapi dah baca n then lupa pastu blank.huhu. :(

ok kalau hampa semua perasan blog mirool dah lain. dah tukar lay out n lagu apa semua la.mirool rasa kali ni lagi tersusun kot. ok just nak bagi tau yang tu je kot, so long and good night.!~